PAKAR DALAM PENULISAN WASIAT DAN PENYEDIAAN DOKUMENT WASIAT ,HARTA SEPENCARIAN DAN
HIBAH.KAMI INGIN MEMBANTU ANDA MENYELAMATKAN HAK-HAK WARIS ANDA DEMI KESEJAHTERAAN.
RANCANGLAH SEKARANG HARTA ANDA DAN TENTUKAN WARIS-WARIS ANDA MENDAPAT HAK SETELAH KETIADAAN ANDA KELAK ( MENINGGAL DUNIA )KAMI DAPAT MENYELESAIKAN HARTA ANDA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT TANPA DIKENAKAN CAJ OLEH PEHAK PEWASRIS BAGI KES TUNTUTAN HARTA .
Apa itu harta pusaka ? Harta saya hari ini. Hari ini kita mempunyai pelbagai jenis harta sama ada kita sedari atau
tidak. Antara harta yang kita miliki hari ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ), akaun-akaun
simpanan atau semasa di bank, rumah, tanah, kenderaan seperti kereta dan motosikal, simpanan di Lembaga
Tabung Haji, akaun pelaburan seperti di ASB, polisi insuran, polisi takaful, saham syarikat, saham koperasi, jam
tangan rolex, barang kemas dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja material yang merupakan milik sah kita dan
mempunyai nilai adalah harta kita.
-Harta pusaka saya hari esok. Kesemua harta yang kita miliki di atas, sebaik sahaja kita meninggal dunia akan
menjadi milik sah waris-waris kita mengikut Hukum Faraid. Mereka ( waris ) mempunyai bahagian ke atas harta
pusaka itu mengikut kadar seperti yang ditentukan oleh Hukum Faraid. Semua orang mempunyai waris Faraid yang
berbeza-beza. Untuk anda mengetahui siapakah yang akan menerima harta pusaka anda dan kadarnya, anda boleh
melakukannya secara online.
Bagaimanakah harta pusaka ini diuruskan ? Harta pusaka adalah amanah yang mesti diuruskan dengan baik oleh
pentadbir harta pusaka tersebut. Pentadbir pusaka boleh dilantik di kalangan waris-waris atau syarikat amanah
berlesen. Dia (pentadbir harta pusaka) perlu menjalankan banyak tugas seperti mengumpulkan waris-waris,
mendapatkan maklumat mengenai harta dan hutang si mati, memfailkan permohonan pusaka sama ada di Amanah
Raya Berhad, Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, memegang secara amanah harta, mengagihkan
harta pusaka dan sebagainya. Sesuatu urusan harta pusaka itu boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya
pentadbir harta pusaka itu mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Masalahnya, ramai orang tidak tahu apa yang mesti dilakukan dan ke mana harus mereka pergi sekiranya mereka
ingin menjalankan tanggungjawab ini.
http://www.wasiyyahshoppe.com.my
Apa Akan Jadi Jika Saya Tiada Dokumen Perancangan Harta Pusaka ( I )
Apa Akan Jadi Jika Saya Tiada Dokumen Perancangan Harta Pusaka ( I )
Apa akan jadi jika saya tiada dokumen hibah atau wasiat ? Ketiadaan wasi ( executor ). Tanpa sebarang dokumen
sama ada hibah atau wasiat, sesuatu proses pengurusan pusaka itu akan mengalami masalah kerana tiada wasi (
executor ) yang dilantik. Keadaan ini adalah benar terutamanya untuk kes pusaka yang bernilai lebih dari RM 600,000.
Tanpa dokumen wasiat yang melantik wasi ( executor ), Mahkamah Tinggi Sivil akan meminta supaya waris
menyediakan dua orang penjamin ( guarantor ) yang mempunyai nilai harta yang sama dengan harta pusaka yang
dibicarakan . Mencari dua orang penjamin tersebut dalam keadaan hari ini tentunya amat sukar sekali.
Harta pusaka lambat diuruskan. Tanpa kedua-dua dokumen ini, secara puratanya proses pengurusan harta
pusaka akan mengambil masa di antara 3 – 5 tahun manakala dengan adanya dokumen ini, pengurusan pusaka
secara puratanya akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.
Hubungan persaudaraan terjejas. Seringkali berlaku selepas sesuatu kematian, waris-waris bertelagah kerana isu
harta pusaka. Antara yang selalu menjadi isu ialah hak waris-waris. Ini menyebabkan hubungan persaudaraan terjejas
sehingga menyebabkan sesuatu keluarga itu berpecah-belah.
- Harta pusaka terbengkalai. Di Malaysia terdapat lebih dari 1 juta kes pusaka tertunggak dengan nilai komersil
mencecah RM 38 Bilion dan majoritinya adalah harta milik orang Islam. Ummah dan negara rugi kerana harta pusaka
yang terbengkalai ini gagal diusahakan secara ekonomik.
www.wasiyyahshoppe.com.my
http://www.wasiyyahshoppe.com.my
Senarai ahli-ahli waris yang layak menerima harta pusaka
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa10. Bapa saudara seibu sebapa11. Bapa saudara sebapa12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa13. Sepupu dari bapa saudara sebapa14. Suami15. Hamba sahayaJika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:1. Bapa2. Anak lelaki3. SuamiAhli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri10. Petuan perempuan bagi hamba sahayaJika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:1. Anak perempuan2. Cucu perempuan dari anak lelaki3. Ibu4. Saudara perempuan seibu sebapa5. IsteriJika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:1. Bapa2. Ibu3. Anak Lelaki4. Anak Perempuan5. Suami/Isteri
Sumber: http://maths.usm.my/faraid/
Caching: Dipasifkan
© 2008 www.wasiyyahshoppe.com.my
Powered by Joomla!. Designed by miey_005@yahoo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment